Kenangan Sunat Hikram

9:47 PG JunAina 20 Comments


Cuti sekolah bermula 28hb May 2014 dan merupakan hari terakhir saya bekerja di pejabat lama, saya mengambil peluang cuti seminggu sebelum memulakan kerja di tempat baru untuk sunatkan Hikram di kampung. Memilih salah sebuah klinik swasta yang terdapat di Perlis dan bersetuju untuk sunatkan Hikram pada hari Sabtu 31hb May 2014 manakala kenduri kesyukuran diadakan pada hari Isnin 2hb May 2014.



Peristiwa sedih berlaku bila Hikram buat perangai semasa hendak disunatkan, dia menangis tak mahu bersunat. Tak bersedia katanya. Satu ketika hati saya sangat pedih, hancur berkecai umpama cermin yang pecah. Sehingga malamnya saya tidak mampu melelapkan mata kerana asyik terdengar-dengar suara cemuhan doktor yang saya anggap seorang yang profesional lagi pulak penampilannya yang sangat Islamik dengan janggut mencecah dada. Saya sedih. Jika bukan kerana khidmatnya sudah separuh jalan memang saya angkat anak ajak balik.


Percubaan kali keempat baru dapat sunatkan Hikram, tiga kali keluar masuk dan akhirnya dia setuju dalam terpaksa bila teringatkan abah yang akan balik pada hari kendurinya iaitu hari Isnin. Kata-kata doktor yang bagi saya sangat kasar dan tidak sepatutnya dilafazkan oleh seorang yang profesional terhadap tugasnya tetapi saya akur dia juga manusia biasa ada perasaan dan tahap kesabaran.


'Pisikologi tak jalan mai sini aku bagi penampaq logi'
Bila Hikram dok ulang takut abahnya balik hari Isnin doktor tu tengking.
'Hang dok diam-diam sebelum abah hang balik kot sat ni aku boh penampang dulu kot' sambil tunjuk tangan dia depan muka Hikram.
Bila Hikram dok cakap banyak almaklumlah stress di tengkingnya.
'Kepala hotak hang aihhh...cakap pandai'
Bila nurse cuba tenangkan Hikram ditengkingnya nurse.
'Hang jangan dok layan dia, sat lagi jadi apa-apa mampoihh aku tau dak?'


Apa pun saya bersyukur sebab segalanya selamat. Anak seperti dia memang memerlukan kesabaran yang tinggi dalam melayan kerenahnya. Sebagai ibu walaupun sakit hati tetapi saya redha ini ujian buat saya.











Gambar-gambar sebelum jadi budak besar, dah boleh geng dengan abang. Dah boleh ada girlfriend. Paling tak best mama tak boleh gurau-gurau pegang bird macam biasa. Dah besar katanya. Kalau sebelum sunat dia selamba je bagi mama pegang bird.


20 Rider Beraksi:

Budak Sekolah Bergaduh

12:53 PTG JunAina 8 Comments


Umur 13 tahun tempoh peralihan dari kanak-kanak bakal memasuki alam remaja, pemikiran pula masih belum matang. Sebagai ibu-bapa kita adalah pembimbing terbaik selain cikgu di sekolah. Bergaduh di sekolah adalah perkara biasa bagi anak-anak selagi tidak menimbulkan sebarang perkara serius seeloknya kita sebagai ibu-bapa usah campur tangan selain memberi nasihat terbaik buat ana-anak bukannya menyokong anak membuta-tuli mahupun terus memanaskan keadaan.


Kesibukan kerja tidak membataskan waktu untuk saya mengambil tahu urusan persekolahan anak-anak mahupun cerita-cerita peribadi mereka. Anak-anak senang sekali berkongsi cerita berkenaan kawan-kawan mahupun 'special friend' mereka. Saya tidak mampu menghalang mereka untuk mempunyai 'special friend' kerana itulah trend anak-anak zaman sekarang, dari dia berbuat dibelakang tanpa pengetahuan saya lebih baik saya tahu dengan siapa dia berkawan, siapa ibbu-bapanya mahupun rumah di mana. Saya tidaklah bersifat sangat terbuka cuma saya hanya mengambil tahu aktiviti mereka, itu cara saya memantau anak-anak dengan syarat pelajaran adalah nombor satu.


Balik kerja Sabtu yang lalu saya berbaring di katil bersama kakak Hayani, bercerita macam-macam perkara. Ada kalanya kami serius kadang-kadang kami ketawa dan dia bercerita mengenai seorang kawannya. Menghulurkan telefon bimbitnya meminta saya membaca whatsapp dari seorang kawan yang dikatakan mewakili kawan yang bergaduh bergaduh dengannya.


Dia memanggil kakak Hayani dengan perkataan 'slut' atau perempuan murahan. Berbalas-balas whatsapp sehinggakan dia mengaku telefon bimbit kakak di rampas sebab dia yang report pada cikgu. Dia minta izin bawa telefon bimbit ke sekolah pada hari sekolah ganti dan salah saya sebab izinkan dan memang saya tidak marah semasa pergi menuntut kembali telefon bimbit tersebut. Dia juga mengatakan yang keluarga kami pelik sebab anak buat salah pun ibu-bapa tidak marah. Bagi saya itu adalah pengajaran buat kakak Hayani supaya lain kali dia tidak akan membawa telefon bimbit ke sekolah lagi, marah bukan penyelesaian terbaik.


Selepas panjang membaca apa yang tertulis sebagai ibu saya hanya memberi komen yang terbaik. Usah di layan usah panjangkan cerita, lagipun sekelas nanti setiap hari muka itu juga akan kita jumpa. Tidak perlu timbulkan konflik di dalam kelas tempat kita mencari ilmu. Kakak Hayani angguk.


Rupanya kisah tak habis disitu. Petangnya Kakak Hayani mendapat whatsapp warning dari ibu kawannya. 'Kenapa awak bergaduh dengan anak untie? Kalau apa-apa terjadi pada anak untie siaplah awak untie tak akan lepaskan awak dan akan cari awak'. What a fishhh!!! Budak-budak bergaduh boleh pula emak masuk campur. Saya tepuk dahi dan malas nak layan. Saya minta Kakak Hayani mohon maaf pada mak kawannya dan tak usah layan lagi dah keduanya lepas tu. Rupanya mak budak ni kalau anak mengadu apa-apa memang pergi ke sekolah dan cari budak yang gaduh dengan anak dia. Memang naik mukalah anak kalau gitu punya perangai mak.


Semua ibu-bapa sayangkan anak-anak tetapi bila mendidik perlulah didik secara adil jangan didik anak dengan membuta-tuli. Didik anak untuk berfikir sebelum membuat sebarang tindakan. Didik anak supaya berfikiran waras. Tak perlu menangkan anak-anak tak kira dia salah atau betul tetapi nasihat secara baik supaya dapat megelakkan perkara sebegitu lagi kelak. Sebagai inu-bapa jangan musnahkan masa depan anak-anak sendiri.



8 Rider Beraksi:

Tapas Bistro & Bar Micasa Hotel And Resort

4:21 PTG JunAina 11 Comments

Meneruskan rutin suka belanja anak buah makan di tempat baru kami di bawa makan ke Tapas Bistro & Bar di Micasa Hotel & Resort. Hanya bersebelahan pejabat. Harganya sangat berbaloi hanya Rm33++ dan selepas ++ harganya menjadiRm40. Bagi saya sangat berbaloi dan antara buffet makan tengahari termurah bagi hotel sekitar Kuala Lumpur.


Sejak dari syarikat lama sehinggalah kami sama-sama berkhidmat di syarikat baru sifat pemurah dia tak pernah luntur. Dulu bahagian kami sangat terkenal dengan majlis makan-makan. Boleh dikatakan setiap bulan ada sahaja yang kami raikan, kahwin, dapat baby, jamuan perpisahan mahupun meraikan sesuatu perayaan tidak termasuk yang dibuat atas permintaan seseorang mahu pun belanjawan yang dapat dari projek.


Dua minggu sebelum saya menerima surat pemberhentian kerja dia telefon saya meminta saya emailkan CV kepadanya. Walaupun agak keberatan namun saya tetap emailkan dalam masa 5 minit, sebagai menghormati dia sebagai bekas bos dan juga sebagai orang tua. Bila saya dapat surat pemberhentian hati saya tidaklah gundah kerana dalam masa tersebut saya telah di panggil temuduga yang hanya membincangkan soal gaji dan halatuju masa depan kerjaya saya selebihnya hanya berborak pasal anak-anak dan kehidupan. Memang sangat santai.


Kali ini kami makan-makan sempena Hari Raya Aidil Adha yang lalu. Agak lewat tetapi yang penting bos tetap ingat.



Hujung sekali berambut putih bos yang belanja kami makan ramai-ramai satu bahagian lebih kurang 20 orang. Bercermin mata pula adalah my immediate bos. 



Saya mulakan dengan 'soup of the day' sup cauliflower yang sangat sedap rasa macam nak tambah lagi, makan dengan baguette. Nikmat.



Saya hanya ambik 2 sudu nasi selebihnya adalah lauk-pauk dan sayur-sayuran.



Saya juga mencuba 'seafood fetuccini' bersama udang, sotong serta kupang (mussels) disempurnakan dengan sos yang sedap kemudian letak cheese banyak-banyak sikit. Sedap!



Pencuci mulutnya saya ambil dua potong kecil blackforest kek, kastard pisang dan kek pisang berperisa kayu manis.



 Penutup wajib adalah secawan kopi panas. Saya kan penggila kopi!


Sesi makan-makan yang mengeratkan silaturrahim serta mewujudkan kemesraan bagi keluarga baru kami. Bagi saya inilah cara dia menarik pekerja baru untuk mempercayai serta berasa selesa dengan kehadiran dia. Boleh kongsi samaada masalah kerja mahupun masalah keluarga dengan dia biasanya dia akan membantu sebaik mungkin. Terima kasih Willem De Vos.



11 Rider Beraksi:

Jangan Bersedih Jadilah Wanita Paling Bahagia

12:34 PTG JunAina 7 Comments



Saudariku!
Buku ini mengimbau kepada setiap wanita untuk hidup bahagia dengan agamanya, merasa senang dengan kurnia Allah yang telah dianugerahkan kepadanya dan bergembira dengan berbagai nikmat yang telah dimilikinya.


Saudariku!
Bacalah buku ini agar ianya dapat mengusir segala macam kesedihan dari dalam dirimu, bayang-bayang kedukaan dan mimpi-mimpi buruk, ketakutan dan kekhuatiran.


Saudariku!
Setelah anda selesai membaca buku ini, ucapkanlah selamat tinggal pada kesedihan, tinggalkan kegelisahan, hindarkan lorong-lorong kesengsaraan dan jauhlah dari keputusan dan kegagalan. Marilah kembali ke jalan keimanan dengan melampiaskan kerinduan kita kepada Allah dan merasa puas dengan qadha dan qadarNya.


Saudariku!
Pada saat itu anda dipanggil oleh penyeru keimanan: "Andalah yang berada di atas gunung harapan dan lembah keredhaan dan berbahagialah kerana anda adalah wanita yang paling bahagia di dunia ini."



7 Rider Beraksi:

Kisah Indah Hikmah Orang Yang Bersabar

11:01 PG JunAina 8 Comments


Merenung kebesaran Allah s.w.t yang maha hebat. Dia membiarkan awan kelabu berarak mendung meruntun hati umatnya, di pengakhirannya dia memberi nikmat pelangi berwarna-warni yang sangat indah. Hanya mereka yang tahu bersyukur merasa nikmat yang meresap di jiwa.


Kisah serta tauladan yang memberi keinsafan di jiwa. Bermula apabila seorang anggota polis sedang bertugas memarahi seorang anak kerabat di raja di tanah kelahiran saya kerana bermain di tempat merbahaya tanpa dia mengetahui status remaja tersebut. Padahnya dia telah di gantung kerja. Ramai yang menasihati dia supaya berhenti kerja secara baik, menerima wang perkhidmatan dan duit pencen berjalan seperti biasa.


Berpegang berani kerana benar dia mengharungi detik getir di dalam hidup dengan penuh ketabahan. Membesarkan anak-anak tanpa sokongan isteri yang telah lama meninggalkannya bersama anak-anak serta menghadapi pertuduhan yang tidak sepatutnya. Bagi menyara keluarga dia meneruskan perniagaan barang-barang dari Thailand yang dijalankan secara kecil-kecilan dari rumah-ke rumah.


Penyerahan diri kepada sang pencipta amat menyentuh jiwa, keazaman yang kuat terpahat di hati.  Berpuasa sunat Isnin dan Khamis masih diteruskan seperti biasa. Bermunajat, bertahajud dan merayu kepada Dia yang kekal. Dia menyerah sebulatnya keputusan kepada Allah. Apa yang pasti dia tidak tidak tunduk kepada desakan makhluk Allah tetapi hanya berpegang pada janji-janji Allah.


Hampir dua tahun dia hidup sebegitu namun melihat air mukanya tiada riak penyesalan, hanya senyuman hanya kegembiraan setiap kali bercakap dengan dia. Suatu hari sedikit demi sedikit mendung itu kain berlalu, menampakkan sedikit sinar matahari dan tiba-tiba pelangi muncul di celah-celah awan yang semakin memutih.


Allah s.w.t tidak akan menganiya hambanya, itu janji Dia. Akhirnya dia kembali menyarung seragam biru kebanggannya. Kembali menjalankan tugas dengan rasa bangga kerana selama ini dia berada di pihak yang benar.


Merayulah kepada Allah bagi setiap permasalahan yang kita ada. Berperasangka baiklah di atas setiap ujian dari Allah buat kita. Akan ada sinar kegembiraan di penghujung setiap ujian.


8 Rider Beraksi:

Puasa Sunat Arafah Biskut Empat Segi Cicah Nescafee

10:58 PG JunAina 12 Comments



Jumaat 3hb Oktober 2014 cinta hati saya telah berada di Padang Arafah telah bertolak semalam dan telah sampai lebih kurang pukul 9 malam waktu di sana. Saya mendapat sms pada pukul 1.58am dari dia. Doa agar cinta hati saya sentiasa sihat serta dapat menjalankan ibadah dengan sempurna.


Di sunatkan kepada kita yang tidak menunaikan ibadah haji untuk berpuasa Sunat Hari Arafah yang telah ditetapkan esok 4hb Oktober oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di Malaysia. Hari Raya Aidiladha akan disambut pada 5hb Oktober bersamaan 10 Zulhijjah kerana 1 Zulhijjah jatuh pada hari Jumaat 26hb September 2014.



"Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, berdasarkan hadis Nabi Muhammad"



Sabda Rasullullah S.A.W lagi: “Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya iaitu :-


1. Orang-orang yang mati syahid

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam Bulan Ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah. ”



12 Rider Beraksi:

Rehat dan Rawat PLUS Kawasan Larangan Merokok Selamba Juga

10:04 PG JunAina 5 Comments



Hentian Rehat dan Rawat Lebuhraya PLUS telah digazetkan sebagai kawasan larangan merokok, banyak banner bergantungan di kawasan gerai makan terutamanya. Bagi yang tidak merokok ini adalah kelegaan yang amat sangat. Bayangkan sedang kita makan ada umat manusia dengan sesedap rasa menghembus asap rokok di sana-sini.


Tabiat merokok ini memang sukar dibuang terutama bila selepas makan. Bukan lelaki sahaja yang merokok ada juga perempuan yang tidak segan silu merokok mungkin itu cara mereka meletakkan diri dalam kumpulan tersendiri. Walaupun banner telah diletakkan sebagai peringatan masih juga ada insan-insan yang tidak perihatin terus menghembus asap rokok dengan rakus.


Baru-baru ini saya singgah lagi di Hentian Rehat dan Rawat Serdang arah selatan. Di setiap tiang yang menempatkan gerai makan di gantung banner tersebut. Kalau tak nampak juga tak tahulah, sekiranya buta huruf pun gambar pun sudah cukup menyampaikan maksud. Pemerhatian 45 minit di situ kadar pemamahamn semakin meningkat sebab tiada yang merokok semasa berada di kawasan gerai makanan.



5 Rider Beraksi:

instantstreetview.com Jom Intai Rumah Sendiri

10:29 PG JunAina 20 Comments


Zaman serba canggih ini tak hairanlah semua info senang sahaja nak dapat. Semalam kami di pejabat masing-masing intai rumah sendiri. Selepas ini tak perlu tertanya-tanya lagi mana rumah yang dituju selain Waze dan GPS yang turut membantu anda boleh tengok rumah yang hendak dituju. instantstreetview.com akan banyak membantu anda.


Masuk ke laman web instantstreetview.com kemudian masukkan alamat yang hendak dituju dan ia mestilah alamat penuh yang mengandungi nombor rumah, nama jalan, nama taman dan bandar. Terus anda akan dibawa kerumah yang anda cari.



Semalam saya intai-intai rumah yang saya sewakan nak tengok ada tak perubahan setelah setahun setengah diduduki oleh penyewa. Nampaknya keadaan masih sama tiada perubahan langsung. Siap dia blurkan anak penyewa kat situ, nombor kereta dan nombor rumah juga diblurkan.


20 Rider Beraksi: